Pengalaman menonton Yuna di Dewan Filharmonik Petronas memang awesome. Bermula dengan ajakan di twitter, membeli tiket juga melalui twitter dan akhirnya jyeahhh! berjaya mendapatkan tiket menonton Yuna bersama rakan-rakan dan sharkpitt.
Sound system superb. Best sangat. Seat kami betol-betol mengadap Yuna, dan agak dekat dengan pentas. Tapi dalam dewan tak boleh bergambar, memang strict. even dengan kamera telefon. Maka, terpaksa akur dengan kehendak dewan senat. Kat luar dewan, bergambar sakan sebab jakun gile ok. JAKUN.
Yuna muncul dengan baju kurung yang begitu moden kaler pink. Yuna ni ada unsur-unsur pemalu tapi bergaya kiut. Pemusik-pemusik Yuna mengenakan baju Melayu semasa perform. Semangat raya sebab masih di bulan Syawal. Suara Yuna memang sama macam dalam CD. Best. Sedap. Menusuk jiwa. Especially semasa Yuna nyanyi lagu "Decorate". Lagu pendek. Tapi sedih. Pilu. Kalau aku tengah patah hati, mesti aku menangis.
Highlight of the day utk Sharkpitt ialah bukan dapat menonton Yuna, tapi aku rasa dia paling gembira dapt bergambar dengan Sharifah Amani. Bukan main lebar senyuman Sharkpitt. Bila dia excited, terpancar keceriaan di wajah beliau. Macam ni..(sharifah amani turut ceria kenapa?)
Lepas tengok Yuna beraksi secara live, aku rasa dia sangat berbakat, dia original, dia tak pedulik apa orang cakap, sukahati dia nk pakai turban ke pakai serban ke (eh, btw Yuna, ce pakai turban cam si SJP pakai dalam SATC 2, cantek weh). She's amazing la. No wonder dia mampu untuk bawak lagu-lagu dia ke peringkat antarabangsa. Eceh.Pergh. Melampau puji Yuna. After the show, aku rasa i do not want to be a "Yuna". Yuna boleh teruskan aktiviti nyanyian dan petikan gitar beliau yang lunak tu. I just wanna be Yuha(inis).
Eh Yuna, sebab you dikerumuni, kitorang amek bf you je lah eh.
Rakan-rakan sindiket